Profilo di ẄΑΝЈϋΝ婉钧©Chan's spaceFotoBlogElenchiAltro ![]() | Guida |
|
06 aprile lisanMY LISAN Selamat pagi saya ucapkan kepada Cikgu Usha Rani yang saya hormati dan kawan-kawan yang saya kasihi . Pada pagi yang indah ini , saya akan berlisan tentang sinopsis bab 5 dan bab 6 , novel Perlumbaan Kedua .
Cikgu dan rakan-rakan sekalian ,
Dalam bab 5 , sang kancil berasa terlalu lama menunggu seluruh kura-kura berkumpul . Perutnya berasa lapar dan tekaknya haus . Dia mengugut akan memberitahu seluruh penghuni rimba tentang sifat kura-kura yang pengecut jika kura-kura tidak menjelmakan diri .
Tidak lama kemudian , semua kura-kura muncul . Sang Kancil meyampaikan pesanan sang arnab . Dia mengingatkan kata dua sang arnab kepada kura-kura iaitu berlumba atau mengaku kalah serta mengumumkan bahawa cerita kekalahan mereka dulu sebagai dongengan semata-mata
Tuk kura terus marah . Dia tidak mahu cerita itu dianggap dongeng . Tetapi masalahnya , dia tidak mempunyai saksi yang lain kecuali dia . Tuk kura menanyakan sang kancil tentang syarat-syarat perlumbaan itu . Selepas mendengar syarat itu , tuk kura bersetuju dengan hanya satu syarat . Syaratnya dia mahu syarat-syarat itu diulang oleh sang arnab sendiri . Tuk kura menyatakan bahawa dia akan datang ke padang rumput di kaki bukit pada pagi esok untuk memaklumkan tempat pertandingan .
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian ,
Dalam bab 6 pula , sang kancil pulang dalam keadaan yang lapar . Di pertengahan jalan , sang murai cuba mendapatkan maklumat daripadanya . Namun , sang kancil tidak dapat berbuat demikian kerana dia kelaparan . Sang murai membantunya untuk mendapatkan makanan . Selepas makan , sang kancil menceritakan hal yang sebenar . Sang murai menawarkan bantuannya untuk menghebahkan hal itu kepada binatang-binatang lain . Sang kancil bersetuju .
Sementara situ tuk kura mengerahkan anak-anak buahnya agar mula bergerak ke arah padang rumput untuk memastikan mereka sampai ke tempat itu pada masanya . Tindakan tuk kura itu menimbulkan pelbagai pertanyaan anak-anak buahnya .
Kura-kura berdada bintik masih tidak berpuas hati , kerana tuk kura tidak menjawab pertanyaannya . Menurut tuk kura dalam perjalanan itu dia terdapat mencongak kawasan-kawasan yang dapat dijadikan gelanggang perlumbaan kelak . Dia juga memberitahu cucu-cucunya bahawa cara pertandingan itu agak terbuka . Kura-kura berleher jinjang mencadangkan agar mereka menarik diri sahaja . Namun tuk kura memarahinya kerana dia tidak sanggup menyerah kalah dan seolah-olah tidak bermaruah .Oleh sebab hari semakin malam , tuk kura mengarahkan anak-anak buahnya bermalam di situ .
Demikianlah lisan saya tentang sinopsis bab 5 dan bab 6 , novel Perlumbaan Kedua . Sesungguhnya , yang baik itu daripada tuhan dan yang tidak baik daripada diri saya sendiri .
Sekian , terima kasih . tomorrow need lisan ...
but now still din't memorise ...
haiz ....
too long le ...
how memorise wor ??
but ..
try my best la ...
~~+u+u ~~
Commenti (1)Per aggiungere un commento, accedi con il tuo Windows Live ID (se utilizzi Hotmail, Messenger o Xbox LIVE possiedi già un Windows Live ID). Accedi Non hai ancora un Windows Live ID? Registrati
RiferimentiL'URL di riferimento per questo intervento è: http://wanjun-1992.spaces.live.com/blog/cns!C5CC8B461BE4186!389.trak Blog che fanno riferimento a questo intervento
|
|
|